Anwar Ibrahim

 

KUALA LUMPUR – Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta URA) yang bakal dibawa ke Parlimen kelak tidak akan mengusir mana-mana pemilik rumah atau tanah secara paksa.

Bahkan, undang-undang tersebut  tidak akan mengubah peratusan pemilikan bumiputera atau komposisi etnik di sesebuah kawasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi menepis dakwaan beberapa pihak yang masih memainkan isu berkaitan akta tersebut menegaskan, tidak timbul isu Melayu dan bumiputera dipinggirkan daripada arus kemajuan bandar.

Ia kerana matlamat utama akta itu bagi memastikan peningkatan kualti hidup mesyarakat bandar sekali gus, meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu itu sendiri.

Anwar berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disampaikan oleh Setiausaha Kanan Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan, pihak kerajaan sama ada Persekutuan atau negeri akan menyediakan pelbagai insentif sebagai satu strategi dalam memacu keberhasilan pelaksanaan projek PSB dengan tumpuan utama akan memberi manfaat kepada pemilik hartanah asal.

Pemilikan hartanah baharu yang lebih tinggi nilainya bertujuan memastikan pengekalan pemilik hartanah menghuni di kawasan atau lokasi sama dengan persekitaran serta infrastruktur bernilai lebih tinggi dari aspek ekonomi, infrastruktur baharu dan kualiti persekitaran.

Pengekalan pemilik dan penduduk asal ini membuktikan tiada sebarang unsur rampasan tanah atau hartanah mahupun membangkitkan isu yang berkaitan unsur penindasan dan pengusiran atau gentrifikasi.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) agar memperkemas penyelarasan seluruh jentera agensi Persekutuan dan negeri bagi memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini.

Beliau turut meminta agensi itu untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada ketua rumah mangsa banjir yang terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here