Datuk Dr Anesee Ibrahim bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang baharu, Datuk Dr Anesee Ibrahim memulakan tugasnya hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang yang bersara wajib, 3 Mac lalu.

Anesee yang berkelulusan Doktor Falsafan dari Durham University, United Kingdom sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga merupakan alumni Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) di peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1994 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Anesee pernah bertugas di beberapa jabatan dan Kementerian antaranya JPA serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, beliau juga turut pernah bertugas sebagai Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Perancis.

“Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam serta sektor pendidikan dan diharap dengan pelantikan beliau dapat memperkukuhkan lagi agenda pembangunan pendidikan tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam memastikan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti, inklusif dan berdaya saing di peringkat global,” kata KPT dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here