Zaiham Mohd Kahar

KUANTAN – Polis siasat tindakan beberapa individu memandu kereta secara melulu dan merbahaya di selekoh Jalan Genting Highlands, Bentong menerusi beberapa klip video tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, pihaknya menerima pesanan ringkas melalui aplikasi Facebook Messenger berhubung klip video kejadian tersebut semalam.

“Aktiviti tersebut dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyaataan.

Jelas Zaiham, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya kepada orang awam.

Beliau turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

“Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

“Ini kerana pihak polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here