Ridzokumura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan fitnah terhadap keluarganya. Foto : IG

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah berkaitan keluarganya selepas pemergian arwah isteri, Akiko Okumura.

Beliau atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura dalam satu hantaran di Instagram telah berkongsi tangkap layar komen netizen yang mengandungi tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

“Ini baru sebahagian kecil, ada banyak lagi. Tunggu surat peguam saya sampai. Saya sudah penat memaafkan mereka yang berhati hitam.

“Saya juga ada batas kesabaran. Maaf, tetapi tolong hentikan semua fitnah ini. Sedikit pun saya tidak memaafkan apa yang keluar dari jari anda,” tulisnya.

Sebagai langkah menangani isu tersebut, beliau turut berkongsi gambar bersama peguam terkenal, Fakhrul Azman Abu Hassan.

“Fakhrul adalah peguam saya.

Sesiapa yang menyebarkan fitnah terhadap saya, Sky, dan arwah isteri, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here