Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memperincikan jumlah elaun tetap yang diterima seorang setiap ahli Parlimen bagi menyangkal dakwaan segelintir mereka yang mendakwa gaji sangat rendah dan terpaksa berhutang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seorang ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

Ahli Parlimen juga layak menerima elaun-elaun dan tuntutan lain bagi tugas-tugas rasmi dalam negara.

Elaun dan tuntutan itu ialah elaun hadir persidangan RM400 sehari; elaun mesyuarat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Pilihan Khas RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang) dan elaun mesyuarat Ahli PAC RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang).

Elaun mesyuarat RM300 sehari sekiranya hadir ke sesi taklimat rasmi dan elaun hidup harian RM100 sehari (elaun dibayar mengikut kehadiran ke Dewan atau perjalanan melebihi 32 km bagi tugas rasmi selain urusan Dewan).

Selain itu, tuntutan perjalanan (memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam dan udara); dan tuntutan penginapan (hotel, lojing dan dobi).

Untuk elaun dan tuntutan tugas rasmi luar negara pula setiap ahli Parlimen menerima elaun makan RM340 semalam; elaun hidup harian RM170 sehari; tuntutan penginapan (hotel dan dobi); tuntutan pengangkutan (pengangkutan darat dan udara); kerugian pertukaran mata wang asing; dan tips 25% daripada elaun makan.

“Sehubungan itu, apabila dicampurkan jumlah ini terdapat ahli Parlimen yang menerima pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM40,000 seperti yang Perdana Menteri maklumkan sebelum ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri sekali lagi menasihatkan setiap ahli Parlimen untuk bijak mengurus soal kewangan selain sentiasa memikir dan mengutamakan rakyat yang menerima pendapatan jauh lebih rendah daripada mereka. – MalaysiaGazette

Gaji ahli Parlimen boleh cecah RM40,000, takkan boleh miskin? – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here