KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media yang diadakan di Angkasapuri, bersama kira-kira 500 wakil media daripada pelbagai agensi.
Ketibaan beliau pada jam 6.55 petang disambut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta barisan pengurusan tertinggi RTM.
Selepas itu, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan pengamal media sebelum melancarkan Buku Amanat Integriti dan Tatakelola Malaysia MADANI.
Pada majlis itu, sumbangan disampaikan kepada 10 veteran wartawan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.
Inisiatif ini bertujuan membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan serta meringankan persiapan menjelang Aidilfitri. – MalaysiaGazette