Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Melaka, Dr Shawn Loh Sheng Nian.

KUALA LUMPUR – Isu pendatang asing yang memasuki negara ini tanpa permit kerja atau secara tidak sah sehingga melahirkan anak tanpa kewarganegaraan telah berlarutan selama beberapa dekad tanpa penyelesaian konkrit.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Melaka, Dr Shawn Loh Sheng Nian, ketiadaan status kewarganegaraan menyebabkan ramai kanak-kanak hidup dalam keadaan yang tidak menentu tanpa perlindungan dan hak asas.

“Tanpa kewarganegaraan sah, mereka tidak mempunyai persekitaran hidup yang selamat dan mencukupi yang tidak sesuai untuk kehidupan serta hak asasi.

“Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum mengambil pendekatan seperti Amerika Syarikat (AS) yang memperketatkan dasar pengusiran pendatang tanpa izin.

“Sebaliknya, kerajaan memberi tumpuan kepada kawalan sempadan yang lebih ketat termasuk saringan pra masuk, penggunaan teknologi pemantauan, serta pengukuhan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kemasukan haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Shawn andai tiada penyelesaian terhadap isu penempatan dan kebajikan anak-anak tanpa kewarganegaraan ini keadaan boleh menjadi lebih buruk.

“Jika pihak berkuasa tidak menempatkan mereka dengan betul, mereka mungkin terpaksa memilih cara hidup yang melampau demi mencari rezeki. Akhirnya, rakyat tempatan juga akan menerima kesan daripada masalah ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Shawn menggesa kerajaan mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh dan jangka panjang bagi menangani isu pendatang asing dan anak-anak tanpa kewarganegaraan di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here