Keadaan Gaza yang musnah diserang Israel.-Foto AFP

GAZA – Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 137 rakyat Palestin sejak perjanjian gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa di Gaza, kata Salama Maarouf, ketua pejabat media kerajaan yang dikendalikan oleh Hamas.

“Dalam 10 hari yang lalu, tentera Israel telah memperhebat pencabulan gencatan senjata mereka, termasuk pembunuhan hari ini terhadap lima orang di selatan Kota Gaza,” katanya.

Antara yang menjadi mangsa ialah dua beradik yang menjadi sasaran dron, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin terbunuh sejak perjanjian damai berkuat kuasa pada 19 Januari hingga 137, termasuk kira-kira 52 di bandar Rafah.

Maarouf menuduh Israel meningkatkan tekanan ke atas penduduk Palestin melalui gabungan tindakan ketenteraan dan sekatan ekonomi.

“Israel mengetatkan kepungan dan menafikan akses orang ramai kepada keperluan asas sambil terus membunuh orang awam. Mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak menimbulkan ancaman kepada tentera Israel,” ujar beliau.

Tamahna, kebanyakan terbunuh ketika tentera rejim zionis itu memeriksa rumah mereka berhampiran penempatan pendudukan.

Sehubungan itu, Maarouf menyeru pengantara antarabangsa untuk campur tangan dan meminta Israel bertanggungjawab atas tindakannya.

Gencatan senjata Gaza, dengan bantuan pengantara oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat, bermula pada 19 Januari selepas 15 bulan perang yang dahsyat di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here