Sebahagian daripada wakil peniaga yang membawa jenama masing-masing bergambar pada majlis pengenalan penaja Absolut Bazar Gaya Raya 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 (Absolut Bazar Gaya Raya 2025) buat julung kali tampil memberi kelainan kepada pengunjung dengan menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjungnya.

Menurut penganjurnya,  My Events International and Absolute and Management, inisiatif digital itu mendapat kerjasama daripada bank digital, Boost dalam acara selama empat hari yang akan bermula pada 21 Mac ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

“Melalui penyertaan tersebut termasuk usahawan yang berniaga di Mini Absolut Food Fest telah menjadikan ia sebagai acara tahunan terbesar berbanding edisi sebelum ini.

“Festival 2025 yang terbesar ini akan berjalan selama 66 jam tanpa henti bermula 12 tengah hari pada 21 Mac hingga 6 pagi pada 24 Mac ini dengan pelbagai tawaran aktiviti yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penganjur turut berkongsi berita gembira apabila pada tahun ini pihaknya menyediakan pelbagai hadiah menarik dan lumayan kepada pengunjung.

“Pengunjung yang berbelanja dengan nilai minimum sebanyak RM500 berpeluang memenangi sebuah kereta daripada jenama Proton.

Festivali turut mendapat sokongan daripada barisan penaja bersama yang terdiri daripada jenama terkemuka seperti GlamPick, Wardah, Kahf, Todak, Sugar Bomb, Isetan, Pos Malaysia.

Penaja lain adalah Bulan Bintang, Elrah Exclusive, Dally, Kunafa Aiwahhh, Mis-clarie, NIMS Adeliciousz, She Dazzle, Mira Gold, Blanco Fragrance, dan Lavvanya Beauty. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here