Lee Chong Wei
Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan pelantikannya sebagai penasihat sukan badminton Johor sekali gus bergelar duta sukan negeri itu oleh Tunku Mahkota Ismail sebagai penghargaan terhadap dirinya.

Chong Wei menjadi antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.

Mengulas pelantikan itu, bekas juara dunia berkata, ia dilihatnya sebagai peluang luar biasa sambil berjanji akan menjalankan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin.

“Saya amat berbesar hati dan berasa sangat rendah diri atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail menerusi pelantikan saya sebagai penasihat badminton dan Duta Sukan Johor.

“Saya berkongsi komitmen ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk memajukan pembangunan sukan di Johor dan Malaysia,” kata Chong Wei di hantaran Facebook hari ini.

Antara legenda yang turut disenaraikan ialah Sonny Bill Williams (ragbi), Khabib Nurmagomedov (bela diri) dan Tim Cahill (bola sepak). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here