Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, Jam 9.48 pagi pada Khamis bagi dirakam keterangan berhubung kes rasua serta pengubahan wang haram dihadapinya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 13 MAC 2025.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.45 pagi ini bagi membantu iasatan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliua.

Bekas Perdana Menteri melambaikan tangan kepada pengamal media yang berkumpul di pintu masuk SPRM bagi menunggu ketibaannya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sijil cuti sakit Ismail Sabri berakhir hari ini dan beliau diminta hadir untuk dirakam percakapan susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya.

Beliau berdepan siasatan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here