PETALING JAYA – Akademi Bola sepak Wira yang telah beroperasi sejak tahun 2018 dan membantu melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam bidang sukan bola sepak negara menghargai kerjasama dan sokongan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pengerusi akademi tersebut, Shaik Awish Alkirani Shaik Haronarashib berkata, akademi itu kini bukan sahaja terkenal di kepada akar umbi tetapi semakin popular di Pulau Pinang malah peringkat kebangsaan.
“MARA kini menjadi antara tulang belakang di sebalik kejayaan yang dimiliki pada hari ini dan ia dilihat menerusi komitmen Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi yang banyak membantu akademi selain pernah hadir dan meninjau fasiliti yang terdapat di Akademi Wira Muda.
“Turut menyokong akademi tersebut adalah Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengarahnya, Ani Mardiah yang juga Pengarah Akademi Kecemerlangan Mara yang banyak menyokong aktiviti harian sehingga berjaya masa kini.
“Tidak ketinggalan, kademi ingin mengucapkan penghargaan kepada, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri bin Osman yang sudi meluangkan masa bagi merasmikan padang sintetik Akademi Bolasepak Wira Muda di mana satu-satunya padang sintetik berada di Seberang Perai Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shaik Awish Alkirani berkata, MARA telah memberi antaranya membenarkan pihak Akademi Wira Muda menjalankan aktiviti latihan dan pertandingan di premis MARA di samping memberi bantuan pinjaman kewangan untuk menubuhkan padang sintetik Akademi Wira Muda.
Hasil kerjasama tersebut telah melahirkan banyak kejayaan kepada Akademi Wira Muda di kejohanan bolasepak peringkat akar umbi di dalam dan luar negara.
“Selain itu, pada tahun 2024, terdapat empat pelatih Akademi Wira Muda telah terpilih ke Akademi Negara Mokhtar Dahari (AMD), masing-masing lima ke Sekolah Sukan Negeri dan Pusat Latihan Daerah.
“Para jurulatih yang terlibat bersama Akademi Wira Muda kesemuanya sentiasa diberikan pendedahan tentang DNA akademi, hala tuju dan misi akademi di mana setiap jurulatih yang didaftarkan juga perlu menjalani kursus kejurulatihan bagi memastikan ilmu yang disampaikan kepada para pelatih adalah betul dan bermanfaat.
“Tidak dilupakan juga kerjasama yang erat diberikan oleh para ibu-bapa sentiasa membantu dalam tadbir urus akademi,” katanya.
Shaik Awish Alkirani menambah, Akademi Wira Muda telah mengharungi banyak cabaran sepanjang penubuhannya yang membantu menaikkan mutu sebagai salah satu akademi bolasepak terbaik di Malaysia.
“Akademi ini layak dijadikan contoh kepada akademi bolasepak akar umbi yang lain supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi pemain bolasepak berkualiti pada masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette
