Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petalig Jaya, Asisten Komisioner Sharulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada pukul 2.35 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu berusia 27 tahun dan telah meninggal dunia dalam tempoh 72 jam.

“Mayat itu kemudian dibawah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here