Tangkap layar daripada video tular memaparkan kereta dipandu warga emas remuk manakala seekor anak gajah mati dilanggar di Jalan Nitar-Mersing, Mersing, malam kelmarin.

MERSING- Seorang lelaki warga emas cedera selepas kereta dipandunya terlanggar seekor anak gajah melintas di Kilometer 30 Jalan Nitar-Mersing, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu membabitkan mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 70 tahun yang memandu Toyota Altis.

“Mangsa dari arah Kluang ke Mersing sebelum melanggar haiwan liar berkenaan yang sedang melintas bersama-sama sekumpulan gajah lain.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit dalam keretanya sebelum diselamatkan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher serta pergelangan tangan kiri dan kini masih menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini.

Menurutnya, pihak polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Mersing yang kemudian menguruskan bangkai anak gajah tersebut.

Sebelum itu, video kejadian kemalangan berkenaan tular dalam Facebook yang memaparkan bangkai gajah di tepi jalan.

Seorang pengguna memaklumkan laluan berkenaan kerap dilalui hidupan liar dan menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak memandu laju di kawasan tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here