Young Syefura Othman

DAP pada pandangan umum orang Melayu ialah satu watak politik yang wajib dijauhi. Namun persoalannya, adakah DAP sendiri ingin mengekalkan imej begitu pada pandangan orang Melayu?

Tidak lama lagi, DAP akan melalui proses pemilihan untuk jawatankuasa tertinggi dalam DAP iaitu Central Executive Committee (CEC) seramai 30 orang.

Pemilihan CEC inj penting dalam menentukan hala tuju politik DAP dalam politik Malaysia, khususnya melibatkan sokongan orang Melayu.

Data pilihan raya umum telah menunjukkan, parti politik yang bekerjasama dengan DAP akan mengalami penyusutan sokongan dalam kalangan orang Melayu.

Dalam pemilihan CEC tiga tahun lalu, tiada seorang pun pemimpin Melayu yang terpilih kecuali Young Syefura (Rara).

Rara sendiri sebenarnya tidak tersenarai dalam ranking 30 teratas, tetapi namanya naik bagi memenuhi kuota wanita 30 peratus.

Dalam DAP sekarang, terdapat sekurang-kurangnya 3 pemimpin muda Melayu yang akan bertanding dalam pemilihan CEC iaitu Rara, Syahredzan dan juga Sheikh Omar yang mana jika kesemuanya terpilih sekalipun, hanyalah mewakili 10 peratus dari keseluruhan CEC yang dipilih.

Dalam keterbukaan Loke menerajui DAP serta memperlihatkan DAP yang lebih moderat di era Madani, mampukah ahli akar umbi DAP mempamerkan keterbukaan yang sama bagi mengangkat pemimpin Melayu dalam DAP?

Adakah benar DAP akan membuka ruang agar pemimpin Melayu sama-sama menerajui DAP menerusi CEC atau hanya sekadar menjadi ‘poster boy’?

Persoalan itu akan ditentukan oleh akar umbi DAP dalam pemilihan 16 Mac nanti.

Oleh:
Dr. Abdul Muqit Muhammad,
Penganalisis Politik, dan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here