WASHINGTON – Sebuah pesawat American Airlines terbakar pada Khamis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di Colorado.
Kejadian itu tular di media sosial.
American Airlines berkata, penerbangan itu dilenconglan ke Denver selepas mengalami masalah enjin.
“Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal telah berpindah ke terminal,” kata American Airlines dalam satu kenyataan.
Insiden terbaharu itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan pesawat selepas siri insiden dan percubaan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengurangkan kos dalam agensi penerbangan Amerika Syarikat.
Pesawat itu dilaporkan dalam penerbangan dari Colorado Springs ke Dallas-Fort Worth sebelum dilencongkan ke Denver.
Rakaman video yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan asap berkepul-kepul di sekeliling jet di atas landasan berhampiran terminal dan penumpang berdiri di atas sayap kapal terbang ketika perkhidmatan kecemasan tiba. – Agensi