KUALA LUMPUR – Tiket final Piala Malaysia antara Sri Pahang FC berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil ini akan mula dijual pukul petang pada 19 Mac ini.
Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) mengumumkan bahawa tiket berkenaan hanya dijual secara dalam talian di tickethotline dan tiada jualan tiket fizikal.
Final Piala Malaysia 2024/25 antara JDT berdepan Sri Pahang FC (SPFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan.
Sebelum ini, rata-rata penyokong setia Sri Pahang FC selepas tersebar berita skuad Pantai Timur itu tidak mampu meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Mereka seolah tidak mampu menerima kenyataan pasukan berkenaan kecundang di tengah jalan dengan alasan masalah kewangan yang serius.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebelum ini mendakwa dua pasukan ternama, Sri Pahang dan Kedah Darul Aman (KDA) tiada dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bagaimanapun masih berharap pengurusan Sri Pahang dan KDA dapat mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut kewangan dan kekal bersaing dalam Liga M. – MalaysiaGazette