Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menyerahkan sumbangan zakat kepada golongan asnaf dalam program di Surau Annur Rahim, Kampung Sungai Buton, Labuan, Sabah malam tadi. – Foto: FB Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR – Seramai 300 asnaf di sekitar Labuan, Sabah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Program Nur Ramadan peringkat Labuan, malam tadi.

Sumbangan itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dalam program yang diadakan di Surau Annur Rahim, Kampung Sungai Buton, Labuan.

Menurut Dr. Zaliha, mereka merupakan sebahagian daripada 1,500 golongan asnaf sekitar Labuan yang akan menerima bantuan zakat tersebut yang akan diagihkan secara berperingkat.

“Dalam ucapan, saya singgung tentang keberkatan bersedekah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 261, bahawa sesiapa yang bersedekah di jalan Allah SWT akan menerima ganjaran berlipat ganda, dari 10 hingga 700 kali ganda.

“Semoga amalan bersedekah ini terus subur dalam jiwa kita, bukan hanya sepanjang Ramadan, tetapi juga dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Dr. Zaliha berkata, Kerajaan Madani komited memastikan kebajikan rakyat terus terbela, terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ketika ini.

Dalam masa sama, beliau berterima kasih kepada MAIWP atas usaha berterusan dalam membantu golongan memerlukan selain menghargai hampir dua juta pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menjadi tonggak kepada sistem zakat badan tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa kebahagiaan kepada rakyat Labuan dalam menyambut Ramadan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here