TAPAH – Seorang bapa dan anaknya maut selepas lori pasir dipandunya merempuh belakang sebuah lori trelar dan terbakar di Kilometer 331.8 Lebuhraya utara selatan arah utara, dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 7.45 pagi.
Menurutnya, seorang pemandu lori berusia lingkungan 40an dan anak lelakinya berusia 20an yang juga kelindan ditemui rentung di bahagian hadapan kepala lori yang terbakar selepas kemalangan.
Mayat dua beranak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here