Fadhlina memuat naik gambar menunjukkan beliau sedang membaca nota persiapan kempennya merebut kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Gambar: Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memulakan kempen Malaysia dalam merebut kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menerusi hantaran di Facebook Fadhlina berkata, dalam siri kempen peringkat antarabangsa itu, beliau akan terlibat penuh dalam semua agenda mempromosikan warisan Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.

Katanya, beliau memilih Bukit Bendera sebagai tempat permulaan kempen, memandangkan ia merupakan lokasi yang kaya dengan biodiversiti kebanggaan negara.

“Saya juga akan mempromosikan Batik dan Kebaya kerana ia adalah ‘signature’ Malaysia dan akan menjadi pakaian rasmi saya sepanjang berkempen untuk memenangi kerusi Executive Board ini,” katanya.

Dalam hantaran sama Fadhlina turut meningalkan nota kakinya untuk kempennya itu.

Pertama kata beliau, jangan pernah takut dengan dunia luar kerana keberanian itu akan dipertaruhkan hanya dengan keyakinan bahawa diri sudah mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan kita pergi jauh.

“Jangan pernah ragu dengan kemampuan diri kita.

“Kedua, perempuan selamanya adalah watak pendidik. Jangan undur walaupun sentiasa akan ada sahaja yang mempertikaikan tugas tradisi dan keupayaan kita.

“Membawa nama Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia ke persada dunia!” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here