Kesemua gerai makanan di Kompleks Pasar Awam dan Penjaja, Paya Terubong di Pulau Pinang diarahkan tutup susulan penemuan lipas dan tikus.

GEORGE TOWN – Sebanyak 20 gerai di medan selera tingkat tiga Kompleks Pasar Awam dan Penjaja, Paya Terubong di sini, diarah tutup selama 14 hari susulan penemuan lipas, cicak serta tahap kebersihan tidak memuaskan.

Pemeriksaan penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dilakukan susulan aduan berhubung penemuan najis tikus dalam mi kari.

Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, M. Shashikumaran berkata, sebanyak 20 gerai makanan diperiksa dalam operasi itu dan tahap kebersihan rata-rata gerai tidak memuaskan.

Tahap kebersihan rata-rata gerai kurang memuaskan.

Jelasny, kesemua gerai tersebut diberi notis penutupan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini bagi tujuan pembersihan membabitkan semua gerai makanan.

“Beberapa pengendali makanan didapati tidak mempunyai rekod dokumen pengendalian makanan dan suntikan anti tifoid.

“Selain makanan yang terdedah dan tidak tertutup, didapati bahan makanan diletakkan tanpa jarak minimum dari lantai serta penemuan najis tikus dan lipas.

Tahi cicak antara yang ditemui di lokasi.

“Ada juga dalam kalangan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri (PPE) yang sesuai dan memakai aksesori semasa mengendali makanan,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Tambah Shashikumaran, keseluruhan sebanyak 11 kompaun berjumlah RM2,400 dikeluarkan dan penutupan dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here