Bangunan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 09 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan bedilan artileri Israel ke atas Gaza yang telah meragut lebih 300 nyawa serta menamatkan perjanjian gencatan senjata secara sepihak.

Serangan tersebut turut menyasarkan Syria, Lubnan, dan Yaman, mengakibatkan lebih banyak korban, termasuk kanak-kanak dan petugas kemanusiaan.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi orang awam serta menamatkan kekebalan Israel daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Tindakan agresif rejim Zionis ini menunjukkan bahawa Israel tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mencapai keamanan dengan negara-negara jirannya.

“Sebaliknya, mereka terus mencabuli undang-undang antarabangsa, mengingkari resolusi PBB, serta menggagalkan usaha damai yang sedang dijalankan,” katanya.

Lebih membimbangkan, serangan Israel ke atas negara-negara berdaulat bukan sahaja mengancam kestabilan rantau ini tetapi juga keamanan global.

Rejim Zionis itu juga perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas pelanggaran berterusan terhadap undang-undang antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here