Gambar hiasan

SINGAPURA- Pengembara yang ingkar terhadap peraturan terbaharu penerbangan bakal berdepan amaran, denda atau peranti mereka dirampas.

The Straits Times berkata, bermula 1 April ini, Singapura Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot melarang penumpang mereka menggunakan atau mengecas power bank di dalam penerbangan.

Arahan itu dikeluarkan selepas beberapa siri insiden kebakaran dalam kabin dalam tempoh tiga bulan melibatkan Batik Air dan Air Busan.

Syarikat-syarikat penerbangan lain di Asia seperti Thai Airways, Eva Air dan China Airlines turut melaksanakan peraturan yang sama.

Ketika ditanya mengenai bagaimana sekatan itu akan dilaksanakan, jurucakap SIA berkata, “keselamatan penumpang dan kru merupakan keutamaan Kumpulan SIA. Kru kami telah dilatih untuk kekal berjaga-jaga dalam memastikan penumpang mematuhi prosedur-prosedur keselamatan dalam penerbangan.”

Meskipun SIA tidak menyatakan tindakan yang bakal diambil secara khusus, pakar-pakar seperti John Tan yang merupakan guru pengajar profesional di Singapore Institute of Technology percaya, syarikat itu akan mengambil langkah pertama dengan mengeluarkan amaran kepada penumpang yang ingkar.

“Jika masalah berlarutan, penalti termasuk denda atau rampasan peranti akan dikenakan

“Dalam kes-kes melampau, penumpang mungkin boleh diarah keluar daripada pesawat apabila ia mendarat manakala pesalah berulang boleh diharamkan daripada menaiki penerbangan seterusnya,” katanya.

Manakala Pensyarah Kanan program Diploma Pengurusan Penerbangan di Republic Polytechnic bersetuju dengan pandangan itu sambil merujuk kepada pengharaman Note 7 Samsung Galaxy pada 2016 susulan peranti tersebut kerap menyebabkan insiden dalam pesawat akibat panas melampau, terbakar dan kecederaan.- AGENSI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here