Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz-MAIWP hari ini telah membawa 40 pelajar Pemimpin Rakan Sebaya (PRS) ke Putrajaya untuk menyantuni masyarakat asnaf.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang komunikasi dengan masyarakat serta kepentingan membantu golongan yang memerlukan. Dalam program ini, pelajar menyerahkan sumbangan, berinteraksi dengan komuniti, dan memberikan motivasi kepada anak-anak asnaf agar terus belajar.