Gambar Hiasan

TANGKAK – Seorang wanita berputih mata selepas rugi RM140,000 diperdaya scammer menyamar sebagai anggota polis dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes penipuan pelaburan saham.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian tersebut dilaporkan mangsa yang berusia 49 tahun kepada pihak polis semalam.

“Terdahulu mangsa dihubungi suspek melalui telefon yang menyamar sebagai anggota polis dan memberitahu wanita berkenaan terlibat dalam kes penipuan pelaburan saham dan mahu membekukan akaun bank milik mangsa bagi tujuan audit.

“Mangsa yang mempercayainya kemudian melakukan enam transaksi ke dalam empat akaun yang berbeza disyaki mule account seperti mana diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian menyedari ditipu dan mengalami kerugian RM140,000.

Beliau memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat serta didenda.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dam tempoh segera.

Orang ramai katanya, diseru membuat semakan terlebih dahulu atas sebarang pelaburan sebagai langkah berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan scam melalui laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil seperti Facebook, Instagram dan TikTok,” katanya.

Sekiranya seseorang menjadi mangsa scam, Roslan mahu mereka menghubungi national scam response center (NSRC) menerusi talianĀ 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here