Ramli Mohamed Yoosuf.

KUALA LUMPUR – Golongan profesional termasuk jurutera, doktor, akauntan, ahli perniagaan dan guru antara yang terjerat dalam skim pelaburan mata wang kripto sindiket tidak wujud dikenali sebagai SILEGX.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu mempromosi iklan pelaburan tersebut dalam laman sosial terkenal seperti Facebook dan TikTok.

Setakat ini seramai 46 mangsa telah tampil membuat laporan dan kumpulan paling ramai adalah golongan pesara seramai 15 orang.

“Kita telah buka 46 kertas siasatan, modus operandi ialah sindiket berhubung memasukan mangsa dalam kumpulan WhatsApps atau Telegram untuk diberikan penjelasan lebih lanjut tentang pelaburan yang ditawarkan oleh mereka dengan pelbagai tawaran menarik.

“Antara mangsa baharu diperdaya tiga pesara termasuk dua wanita, berusia antara 57 hingga 71 tahun yang mengalami jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM9.38 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Siasatan pihaknya sejumlah 39 akaun bank dikesan digunakan oleh skim pelaburan ini untuk menerima wang dari mangsa, dengan 37 akaun bank didaftarkan atas nama syarikat.

Dua lagi akaun bank adalah atas nama perniagaan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here