Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Feb lepas.

KUALA LUMPUR – Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Feb lepas.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 1 Feb 2028, menurut maklumat di laman web SPRM.

Pemakluman pelantikan itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam satu pertemuan dengan Mohamad Salim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim.

Menurut SPRM, pelantikan Mohamad Salim adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here