Solat hajat Palestin Saarani Mohamad MB Perak Gaza
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Penjara Tapah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2025.

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menyeru seluruh umat Islam di negeri Perak supaya terus mengadakan solat hajat di surau dan masjid bagi melindungi rakyat Palestin susulan kekejaman rejim Israel mengingkari perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Beliau berkata, solat hajat perlu dilaksanakan secara berterusan di masjid dan surau di negeri ini tanpa menunggu arahan atau anjuran daripada mana-mana pihak.

“Sebenarnya, tak perlu tunggu arahan atau anjuran daripada JAKIM. Saya pun beberapa kali solat Jumaat ataupun solat Tarawih ada dianjurkan (solat hajat) untuk imam membaca doa qunut (nazilah) dan dalam doa itu, kita juga memohon bermunajat kepada Allah SWT supaya diberikan perlindungan terhadap rakyat di Gaza dan beberapa tempat lain.

“Justeru, saya tak ada masalah dan saya ucapkan terima kasih kepada JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) juga pada seluruh masjid di negeri Perak kerana itu perkara baik dan ia boleh dilaksanakan. Jadi, tak perlu tunggu arahan sebenarnya sebab itu perkara baik,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Beruniform di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan semua masjid dan surau di bawah seliaan JAKIM dan JAWI diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa kepada rakyat Palestin sepanjang baki Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan  berkata, solat hajat itu juga tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin susulan tindakan kejam rejim Israel mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan di Gaza. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Masjid, surau seliaan JAKIM, JAWI diarah solat hajat untuk Palestin

Semua masjid, surau bawah JAKIM, JAWI diarah adakan solat hajat buat Palestin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here