Datuk JH Rozman Jaafar, Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd (kiri), dan Mohd Azuddin Parman (dua dari kanan), Ketua Pegawai Operasi menukar dokumen selepas majlis menandatangani MoU antara Perodua dan MyDigital ID Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR – Perodua menandatangani memorandum persefahaman dengan My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) untuk mendapatkan akses pengesahan pengguna seiring dengan usaha syarikat kenderaan kompak itu dalam menambah baik perjalanannya ke arah transaksi tanpa tunai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai ‘gatekeeper’ bagi pengesahan transaksi di negara ini, ia membolehkan Perodua mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan khususnya, dan kepada semua rakyat Malaysia secara amnya.

Ia merupakan kerjasama ini adalah yang pertama seumpamanya bagi industri automotif di negara ini.

“Semua kerjasama ini akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada bakal pelanggan kami dan kami mahu pelanggan kami berada dalam keadaan selamat.

“Sebagai tambahan, kami juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber yang kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID,” katanya.

MyDigital ID adalah inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai, dibangunkan bertujuan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses yang selamat dan lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan serta swasta.

Dengan tumpuan kepada keselamatan dan privasi, MyDigital ID menetapkan penanda aras baharu untuk kepercayaan dan perlindungan dalam dunia mobiliti yang semakin berkembang pesat.

“Sebagai tambahan, kami juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber yang kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman berkata, kerjasama strategik dengan Perodua menunjukkan kepentingan peranan identiti digital untuk memacu pembaharuan digital di dalam industri automotif.

“Kuncinya adalah memastikan pengesahan identiti digital yang dipercayai di samping menjadikan interaksi digital lebih selamat dan mudah. Ia memperkasakan industry seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna kepada setiap pelanggan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here