Mohamad.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, menegaskan bahawa serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang turut mengorbankan petugas kemanusiaan jelas mencabuli perjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui sebelum ini.

Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, tindakan Israel yang menyebabkan kematian petugas kemanusiaan itu adalah satu pelanggaran terhadap hak mereka, seperti yang termaktub dalam Konvensyen Geneva yang melindungi petugas kemanusiaan di zon peperangan.

“Serangan yang dilakukan oleh Israel turut mencemarkan kesucian bulan Ramadan bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, khususnya rakyat Palestin.

“Kekejaman Israel membuktikan sikap mereka yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.

“Sehubungan itu, seluruh rakyat dan umat Islam di Pulau Pinang diminta untuk terus bersolidariti menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin yang sekian lama menjadi mangsa penindasan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, semua pihak juga harus bersatu dalam usaha menyalurkan bantuan serta sokongan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh rejim Israel.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, mengesahkan bahawa lapan petugas warga Palestin telah terkorban dalam serangan udara Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada 1.30 tengah hari (waktu tempatan) Sabtu lalu, ketika mereka sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan berterusan rejim Zionis.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here