i Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran serta pengagihan bubur lambuk di Pangsapuri Seri Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sempena Ramadan, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeratkan ukhwah dengan penduduk di Bandar Tun Razak.

Isteri kepada Perdana Menteri itu menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran serta pengagihan bubur lambuk di Pangsapuri Seri Malaysia di sini semalam.

Wan Azizah disambut Pengerusi Surau Al-Ansor, Hasan Awang dan juga Pengerusi Kumpulan Yasin Wanita Pangsapuri Seri Malaysia, Ustazah Noor Aziah Ghazali.

Saban tahun, komuniti di Pangsapuri Seri Malaysia aktif dalam melaksanakan pelbagai program terutama ketika bulan Ramadan.

Selain Wan Azizah, majlis yang sama turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Bandar Tun Razak, Roslan Mahmood, Ketua Komuniti MADANI Parlimen Bandar Tun Razak, Hanif Lokmanal Hakim dan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Seri Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Malaysia, Awalluddin Abd Murat.

Program itu bukan hanya melibatkan kumpulan penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia sahaja malah turut disertai oleh wakil komuniti dari PPR Seri Malaysia, Kampung Malaysia Raya, Kampung Malaysia Tambahan, NGO Persona Wanita Bandar Tun Razak, PEKAA & HUDA .

Pada majlis yang sama dlakukan penyerahan laporan kebersihan Surau Al-Ansor, Pelancaran Tabung Pembelian Van Jenazah dan mengagihkan bubur lambuk turut dilaksanakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here