Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Individu yang bertindak menampar seorang pemuda kerana tidak berpuasa di sebuah pasar raya di Johor Baru akan dituduh semula di Mahkamah Majistret pada petang ini.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya berpuas hati satu pendakwaan wajar dikenakan terhadap individu tersebut.

Katanya, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit semasa prosiding kes berlangsung pagi tadi.

“Isu teknikal melibatkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang 19 Mac 2025,” katanya.

Jabatan Peguam Negara, menurut kenyataan itu, komited untuk memastikan semua pihak memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Artikel berkaitan: Warga emas tampar lelaki ‘tak puasa’ dilepas tanpa dibebaskan

Dalam prosiding pagi tadi, warga emas, Abdul Razak Ismail, 65, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.

Majistret A.Shaarmini membuat perintah DNAA itu selepas pihak pendakwaan mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes Abdul Razak sebagai DNAA dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya. – MalaysiaGazette

Warga Emas Tampar Pemuda Dibebas Tanpa Dilepas #MGFlash

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here