Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berucap pada majis berbuka puasa FAM di Saloma Bistro, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 MAC 2025

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub menepis spekulasi bahawa pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, tidak lagi berada di bawah badan induk itu.

Beliau sebaliknya menegaskan, Harimau Malaya masih beroperasi dalam struktur dan di bawah bidang kuasa FAM.

Namun, FAM tetap mengalu-alukan bantuan dan sokongan daripada mana-mana pihak, kata beliau.

“Pasukan kebangsaan masih di bawah FAM, di bawah jawatankuasa pasukan kebangsaan kami dan dalam struktur FAM.

“Ia bukan entiti berasingan atau beroperasi di bawah identiti yang berbeza,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka FAM di Restoran Saloma, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub beramah mesra bersama para pengamal media pada majis berbuka puasa FAM di Saloma Bistro, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 MAC 2025

Beliau menjawab khabar angin mengenai pasukan kebangsaan beroperasi secara bebas berikutan tanggapan bahawa ia dikendalikan secara berasingan terutamanya dengan penglibatan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam menyokong pembangunan skuad tersebut.

Sebelum ini, Tunku Ismail telah menjadi penggerak utama dalam transformasi Harimau Malaya, dengan menyelia pelantikan penting yang meningkatkan profesionalisme serta daya saing pasukan.

Ini termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, bekas kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan Australia, serta bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski.

Projek ini turut disokong oleh bintang bola sepak Australia seperti Tim Cahill, pakar prestasi tinggi terkenal Dr Craig Duncan, serta bekas pemain Socceroos, Mark Milligan dan Matt Smith.

Mengulas lanjut, Mohd. Joehari merakamkan penghargaan kepada Tuanku Ismail kerana membantu memantapkan skuad kebangsaan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal 25 Mac nanti.

Justeru, beliau mengharapkan skuad kebangsaan berjaya merekodkan kemenangan yang besar menentang Nepal dan memohon sokongan daripada penyokong-penyokong Harimau Malaya.

“Di masa hadapan kita akan menentang Vietnam, mungkin Vietnam lebih kuat jadi kita nak menang dengan selesa.

“Tunku Mahkota Ismail membantu, dan jika kami menerima sokongan, kami amat bersyukur kerana ia membolehkan kami terus maju.

“Siapa sahaja yang mahu membantu, kami terima dan Tunku Mahkota Ismail telah banyak membantu,” katanya. – MalaysiaGazette

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub beramah mesra bersama para pengamal media pada majis berbuka puasa FAM di Saloma Bistro, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 20 MAC 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here