Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah rendah di sini ditahan polis selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku serta menarik rambutnya sehingga mangsa terpaksa dirujuk ke Bahagan Psikiatrik Hospital Melaka minggu lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang trauma mengadu kepada ibunya dia tidak mahu ke sekolah pada pagi 14 Mac lalu kerana takut dikasari guru lelaki berusia 44 tahun itu.

Menurut sumber, anak pengadu mendakwa trauma kerana guru terbabit telah memukul dan menarik rambut tepi telinganya ketika berada di dalam kelas.

“Ekoran itu, pengadu membuat laporan polis kerana anaknya terpaksa dirujuk ke Bahagian Psikiatrik Hospital Melaka dan punca serta tarikh kejadian juga masih dalam siasatan polis ekoran mangsa masih dalam keadaan trauma.

“Guru lelaki terbabit ditahan polis di Pejabat Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ketika dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Permohonan reman dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast