Fadhlina beramah mesra dengan mangsa banjir semasa melawat PPS di SK Sri Kencana Simpang Renggam, Kluang, hari ini

KLUANG – Sebanyak tujuh buah sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup hari ini dinaiki air.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 47 sekolah pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.

“Setakat ini bilangan murid serta pelajar yang dilaporkan berada di PPS di Johor seramai 886 orang.

“Sekolah yang dinaiki air dan ditutup, masing-masing tiga di Johor Bahru dan Kota Tinggi manakala sebuah sekolah di Pasir Gudang.

“Sementara bilangan sekolah dijadikan PPS merekodkan daerah Pontian paling tinggi iaitu sebanyak 13 sekolah,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sri Kencana Simpang Renggam, Kluang di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sesi pembelajaran di 20 sekolah di negeri ini dilaporkan terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak pagi Rabu.

Bilangan mangsa banjir di negeri ini pada tengah hari ini direkodkan seramai 10,629 penduduk daripada 3,169 keluarga di Kluang,  Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru dan Kulai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here