PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sahaja.
Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun berkata, bukan had tempoh memegang jawatan menjadi ukuran, sebaliknya kecekapan dan tanggungjawab dalam merencanakan hala tuju sesebuah negara itu lebih penting.
Kata beliau, cadangan hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak akan menyelesaikan isu dihadapi negara andai individu memegang jawatan nombor satu negara itu tidak dapat menjalankan tanggungjawab serta mempunyai integriti tinggi.
“Kalau had 10 tahun pun, kalau orang tidak baik dan tidak bagus, pastinya tempoh itu akan digunakan untuk lakukan semua jenis kerosakan kepada negara. Jadi tidak guna juga.
“Tapi jika seseorang itu bertanggungjawab dan mampu menjadi Perdana Menteri yang baik dan disukai rakyat pastinya tempoh 10 tahun itu tidak akan cukup.
“Ini pendapat sayalah,” katanya pada Majlis Berbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan DAP supaya Kerajaan Perpaduan agar meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan tempoh perkhidmatan seorang Perdana Menteri kepada hanya 10 tahun.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan perlu melaksanakannya dalam tempoh 24 bulan ini memandangkan ia termaktub dalam salah satu manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 (PRU15) lalu.
“Kita bukan minta Anwar berhenti, tetapi pindaan ini akan menjadi legasi kepada beliau dalam sistem pentadbiran kita.
“Parti akan terus berpegang dengan kata-kata bahawa yang mewakili Pakatan Harapan (PH), tiada calon kedua selain Anwar,” katanya Loke ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) minggu lalu.
Dr Mahathir juga dengan bangga mengakui beliau sudah melakukan pelbagai usaha dan pembangunan selama menerajui negara selama 22 tahun.
“Ini adalah antara rekod paling lama seorang pemimpin,” katanya sambil menambah selama itu juga tidak ada pihak yang cuba menjatuhkannya. – MalaysiaGazette
DAP mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda, hadkan jawatan PM untuk 10 tahun
DAP tu terlebih dahulu pinda perlembagaan dia..Setiusaha Agong tak boleh lebih 10 tahun dan KM Pulau Pinang pun syarat dua penggal jaa…sembang kari