Dr Zaliha Mustafa mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Jabatan Wilayah Persekutuan di Menara Seri Wilayah hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah selesai melaksanakan kerja-kerja pengukuran serta pemetaan sempadan yang melibatkan 24 pelan kerja dalam proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, tindakan seterusnya adalah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi pihak Putrajaya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan persempadanan.

“Insya-Allah, perjanjian bersama akan dimeterai pada tahun ini bagi mengesahkan garis sempadan rasmi kedua-dua wilayah,” katanya dalam kenyataan di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Jabatan Wilayah Persekutuan.

Zaliha berkata, pemuktamadan sempadan ini penting untuk memastikan penguatkuasaan sempadan yang lebih bersepadu, memaksimumkan guna tanah secara optimum untuk pembangunan terancang, memperkemas kutipan hasil tanah, serta mengelakkan isu pencerobohan dan pertindihan kawasan.

Katanya, sejak 2021, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti enam kawasan masalah luar sempadan (OBP) dan semakan lanjut mendapati terdapat tambahan tiga lagi kawasan OBP baharu hasil daripada kerja ukur JUPEM sehingga Februari 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here