Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar beramah mesra bersama kanak-kanak asnaf ketika di program Rahmah Madani Ramadan MAIWP 'Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf di Pasaraya AEON Big Wangsa Maju. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyumbangkan sebanyak RM75,000 kpeada 250 orang penerima di Wilayah Persekutuan untuk membeli pakaian dan keperluan raya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, setiap penerima diberikan RM300 bagi melengkapkan keperluan mereka.

“Hari ini, kita telah menyantuni seramai 17 ketua keluarga serta ahli keluarga mereka yang lain.

“Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang dikurniakan rezeki anak yang ramai sehingga sebelas orang anak dan tujuan kita hari ini adalah untuk meringankan beban mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Rahmah Madani Ramadan MAIWP: Shopping Pakaian dan Keperluan Raya Asnaf di AEON Big Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Inisiatif ini bukan sekadar memberikan bantuan kewangan kepada golongan asnaf, tetapi juga membawa mereka merasai pengalaman membeli sendiri pakaian dan keperluan raya di pasar raya.

Dengan cara ini, mereka dapat memilih barangan mengikut cita rasa dan keperluan, menjadikan Aidilfitri mereka lebih bermakna dan penuh kegembiraan.

Mohd Na’im berkata, MAIWP akan terus memanfaatkan zakat yang diterima daripada pembayar untuk membantu lebih banyak lagi golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

“Zakat adalah satu tanggungjawab yang memastikan rezeki dapat diagihkan dengan lebih adil.

“Dengan adanya sistem kutipan zakat yang cekap dan sistematik, lebih ramai asnaf dapat menikmati manfaatnya.

“Ia bukan sekadar membantu keperluan asas mereka, malah membuka peluang untuk pendidikan, kesihatan, dan peningkatan taraf hidup,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here