KENYATAAN media Malaysia Airlines berhubung penyambungan semula dari dan ke Kuala Lumpur-Heathrow.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London, hari ini.

Malaysia Airlines dalam catatan di laman sosial X memaklumkan, penerbangan yang beroperasi mengikut jadual ialah MH4 (Kuala Lumpur ke Heathrow London) dan MH1 (Heathrow London ke Kuala Lumpur).

“Malaysia Airlines menasihatkan penumpang mengemas kini maklumat hubungan mereka di bahagian ‘My Booking’ di laman web atau aplikasi mudah alih untuk menerima makluman penting dengan segera,” katanya.

Lapangan terbang itu ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam tadi waktu tempatan susulan kejadian kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik berhampiran yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Penutupan itu menjejaskan lebih 1,300 penerbangan termasuk empat penerbangan Malaysia Airlines yang menyaksikan penerbangan terbabit dialihkan atau kembali ke destinasi asal. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here