Suasana dari luar Terminal ketika Menteri Pengangkutan membuat lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 04 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Terminal Bersepadu Gombak Sdn. Bhd. (TBG) mengumumkan tambahan tiket bas ke Kota Bharu, Kelantan bagi perjalanan antara 25 hingga 27 Mac ini.

TBG dalam satu kenyataan memaklumkan, penambahan tiket bas itu bagi memenuhi permintaan tinggi sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Menurutnya, tiket bas itu sudah mula dijual di kaunter jualan di terminal TBG serta melalui laman web rasmi syarikat tersebut di tbg.com.my.

“Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan kami menasihatkan penumpang untuk membeli tiket lebih awal bagi memastikan tempat duduk mereka.

“TBG turut menggalakkan penumpang untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” kata kenyataan itu hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, tiket bas dari ibu negara ke Pantai Timur paling laris dan hampir habis terutama bagi tarikh beberapa hari menjelang hari raya Aidilfitri hujung bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast