Pasukan kejuruteraan Rapid Rail menjalankan kerja-kerja baik pulih di landasan tren Laluan Kelana Jaya pagi tadi. - Foto: FB Rapid KL

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya kembali pulih sepenuhnya pukul 1.14 petang tadi dan perkhidmatan tren alternatif juga telah ditamatkan.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) memaklumkan, perkhidmatan tren itu tergendala kira-kira 10.44 pagi tadi disebabkan gangguan mekanikal pada salah satu komponen landasan di platform 2 Stesen KLCC menghala ke Putra Heights.

Sehubungan itu, katanya, pihak operasi terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih dijalankan secepat mungkin.

“Pada jam 1.05 petang, kerja–kerja baik pulih telah berjaya diselesaikan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail.

“Pihak operasi turut menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tambah kenyataan itu, pihak kejuruteraan dan operasi Rapid Rail akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kelancaran operasi tren.

Ujarnya, siasatan menyeluruh juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca gangguan tersebut.

“Rapid Rail ingin berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here