Christian Eriksen. Foto BBC.
LONDON – Pemain tengah, Christian Eriksen memberi bayangan akan meninggalkan Manchester United apabila kontraknya tamat pada musim panas ini.
Ini kerana buat masa sekarang, beliau masih belum menerima sebarang tawaran untuk melanjutkan kontrak bersama United.
“Kontrak saya tamat musim panas ini, dan saya bersedia mencari cabaran baharu. Saya baik-baik sahaja dengan situasi tersebut. Namun, saya masih belum membuat keputusan ke mana akan pergi.”
“Saya tidak pernah berada dalam situasi tidak berkontrak kecuali semasa insiden serangan jantung, tetapi itu adalah keadaan yang sangat berbeza.
“Buat masa ini, saya menunggu dan melihat tawaran yang diberikan. Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan, tetapi jika ada peluang yang sesuai, saya akan menerimanya. Walau bagaimanapun, saya belum pasti apa yang terbaik untuk saya.
“Saya tidak bercadang untuk kekal di England, apatah lagi berhijrah ke Amerika Syarikat. Terus bermain di benua Eropah adalah keutamaan saya, tetapi masih terlalu awal untuk kembali ke Denmark. Saya rasa saya masih boleh beraksi beberapa tahun lagi di luar negara,” kata Eriksen kepada media Denmark.
Eriksen menyertai United secara percuma pada Julai 2022 selepas tempoh singkat bermain bersama Brentford susulan pemasangan ‘Implantable Cardioverter Defibrillator’ (ICD) selepas dia mengalami serangan jantung di EURO 2020.
Musim ini, pemain berusia 33 tahun itu telah tampil dalam 16 perlawanan Liga Perdana, dengan tujuh daripadanya sebagai pemain gantian. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here