KUALA LUMPUR – Pelakon yang juga merupakan pengasas StarVendors, Ifa Raziah dikejarkan ke hospital selepas pengsan semalam.
Dilaporkan, kejadian berkenaan berlaku di majlis perasmian StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Centre (KL BEC) di Sungai Besi.
Ifa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), StarVendors Event Sdn Bhd, dilapor pengsan ketika bersiap untuk ditemuramah media selepas pelancaran festival jualan 80 jam tanpa henti itu.
Difahamkan, petugas perubatan mendapati tekanan darah Ifa tidak stabil.
Dikatakan, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha sibuk menguruskan festival terbabit sepanjang hari tanpa mendapat rehat yang cukup.
Terdahulu, StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 bermula Khamis lalu dan dijangka berakhir, esok.-MalaysiaGazette