Kanak-kanak yang menyertai qiamullail membaca ayat suci Al-Quran untuk mengejar Lailatul Qadar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025

Dalam setahun, terdapat satu malam yang amat mulia dan ia merupakan satu rahmat buat seluruh umat Islam. Pada ketika itu, terjadinya malam yang sangat luar biasa kerana keistimewaannya yang tiada pada bulan-bulan yang lain selain Ramadan. Ia dikenali sebagai Lailatul qadar dan diberi gelaran juga dengan malam 1000 bulan.

Bagi penduduk flat Taman Setia Balakong, memburu malam yang penuh kebesaran dan kemuliaan ini bukan lah perkara yang biasa dilakukan.

Golongan belia menyerikannya dengan pukulan alat muzik tradisional seperti tong, beduk dan tamborin untuk mengejut penduduk setempat bagi menyertai qiamullail memburu Lailatul Qadar ketika tinjauan di sekitar Balakong, Selangor.

Antara ibadah yang dilakukan di Surau Nurussobah, Balakong adalah menghidupkan malam (qiamullail) dengan melakukan pelbagai rangkaian solat sunat seperti solat sunat tahajjud, taubat, membaca atau tadarus al-Quran, berdoa, istighfar dan lain-lain.

Golongan belia dan kanak-kanak terlibat bagi mengejut penduduk terutama umat islam bagi menyertai qiamullail untuk mengejar Lailatul Qadar di Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Sebahagian umat Islam terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi alat muzik tradisional seperti tong, beduk dan tamborin bagi menyertai qiamullail untuk mengejar Lailatul Qadar di Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Kanak-kanak bersiap bagi menyertai qiamullail untuk mengejar malam Lailatul Qadar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di rumahnya di Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Penduduk menyertai qiamullail dengan meningkatkan ibadah untuk mengejar Lailatul Qadar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Surau Nurussobah, Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Penduduk yang menyertai qiamullail berdoa mohon keampunan Allah SWT untuk mengejar Lailatul Qadar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Surau Nurussobah, Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Kanak-kanak yang terlibat dalam qiamulai membaca ayat suci Al-Quran untuk mengejar malam lailatulqadar di Flat Taman Setia Balakong, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025
Penduduk berpeluang menikmati juadah bersahur selepas melakukan qiamullail ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Surau Nurussobah, Flat Taman Setia Balakong, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 MAC 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast