KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyokong keputusan Parti Sosialis Malaysia (PSM)  untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, pada bulan depan.

Biro Politik parti itu berkata, MUDA akan berkempen dan bekerjasama dengan PSM di bilik gerakan dalam masa terdekat.

“Kehadiran MUDA di lapangan bertujuan memastikan kempen ini membawa suara rakyat dan menolak politik perkauman serta persaingan elitis yang sering membelenggu pilihan pengundi.

“MUDA menyeru pengundi di Ayer Kuning untuk memilih politik berprinsip dan membawa perubahan sebenar,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, keputusan PSM akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih alternatif selain dua gabungan utama yang mendominasi politik negara.

Semalam, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan mengumumkan parti itu akan bertanding pada PRK Ayer Kuning berlangsung 26 April depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), turut menetapkan 12 April depan sebagai tarikh penamaan calon manakala undi awal 10 hari kemudiannya.

Sebagai rekod, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here