KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berangkat menunaikan umrah, awal pagi tadi.

Malah, video yang tular menunjukkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman meluangkan masa menghantar Bella ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pasangan yang menjadi wajah kempen PrimaValet itu turut dipapar bergambar dengan anggota keselamatan di KLIA, dalam hantaran berkenaan.

Terdahulu, video Syed Saddiq mengiringi Bella dimuat naik oleh PrimaValet menerusi Instagram.

Bella dan Syed Saddiq dilihat banyak meluangkan masa Bersama sejak kebelakangan ini selepas menjadi duta jenama pakaian PrimaValet.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here