Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Kelibat juara Asia 2022, Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 yang berlangsung di Ningbo, China dari 8 hingga 13 April depan kini menjadi tanda-tanya.

Persoalan itu timbul apabila pemain ranking kelapan dunia itu berada dalam senarai menarik diri berdasarkan semakan di laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebelum ini, Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Switzerland yang berakhir hari ini selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali kanannya.

Selain Zii Jia, turut berada dalam senarai menarik diri daripada kejohanan itu pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan atau kenyataan dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun Team LZJ berhubung perkara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast