Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,113 permit penjualan bunga api dan mercun telah dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di musim Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia adalah jumlah daripada 7,223 permohonan yang diterima bermula 1 hingga 11 Mac lalu.

“Daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 264 permohonan tidak diluluskan dan 1,846 permohonan dalam proses kelulusan.

“Bagi tempoh sama juga, 31 tangkapan dan rampasan telah kita dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar Razarudin, mereka boleh dikenakan tindakan ditahan dan barangan dirampas sekiranya melanggar kesalahan menjual bunga api dan mercun tanpa kebenaran.

“Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Bagi mereka yang melanggar syarat permit boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan permit menjual bunga api dan mercun musim perayaan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here