KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal warga emas parah ketika berteduh di lorong kecemasan di bawah jambatan selepas dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah mengesan video tular di media sosial memaparkan kejadian itu pada jam 8.50 malam.
“Dalam kejadian itu, pemandu kereta berusia 40 tahun telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan mendapati, mangsa lelaki berusia 76 tahun itu berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
“Akibat kejadian itu, mangsa parah di bahagian kepala dan telah dibawah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat di minta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267 / 0269, atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiGazette
Seorang penunggang motosikal warga emas parah ketika berteduh di lorong kecemasan di bawah jambatan selepas dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur,… pic.twitter.com/rSskKMlLUR
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 24, 2025