Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bercakap pada media berkenaan membuat lawatan kilang e-sisa susulan penemuan sisa amunisi dengan anggaran berat 40 tan di Teluk Panglima Garang, Banting. Foto AIZAT ZAINAL, 6 MAC 2025.

KAJANG –  Seorang anggota polis bantuan yang terlibat dalam kes samun kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Sabtu lalu telah merancang untuk melarikan diri ke Kelantan.

Bagaimanapun, boleh berjaya menangkapnya lebih awal, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurut beliau lagi, setakat ini sebanyak  12 percakapan saksi termasuk suspek.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, penyerang itu bergerak solo,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya LEKAS, Kajang, Selangor, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota polis bantuan berusia 32 tahun yang bekerja untuk syarikat utiliti telah melakukan rompakan menggunakan senjata api milik tempat kerjanya.

Namun, polis berjaya menahannya di Bukit Beruntung pada jam 10.15 malam dan merampas pelbagai barang bukti termasuk 81 utas rantai emas, wang tunai RM1,800 serta kad Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas namanya.

Suspek didapati melakukan jenayah itu bagi melunaskan hutang berjumlah RM20,000.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 29 Mac bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here